Rabu, 18 Disember 2019

Myzaa Home Spa

KESAN RADIASI ULTRAVIOLET PADA KULIT
.
Bila berada di luar rumah, radiasi ultraviolet, mempengaruhi kesihatan kulit wajah kita. Kulit berfungsi melindungi tubuh dari radiasi UV. Jika kulit terdedah pada jangka masa yang lama, ia akan menyebabkan kulit tidak mempunyai daya tahan diserang penyakit, dan mempercepatkan proses penuaan.


Radiasi UV dari cahaya matahari akan merosakkan kulit, akhirnya menyebabkan masalah jeragat dan kulit cepat berkedut. Masalah penuaan kulit ini boleh dilihat sebagai kedutan, garis halus, kulit mengendur (sagging and laxity), tona kulit tidak sekata, masalah jeragat (pigmentasi), kulit kelihatan kasar dan berkuping, kulit menipis dan mengendur, kekeringan kulit, kedutan kasar (deep furrows) dan kutil kecil.

.
Apabila umur meningkat maka kolagen dan elastin dibawah kulit akan mengendur dan mengakibatkan masalah kedutan dan garis halus. Kesannya, kulit menjadi longgar, kendur, hilang lemak, nipis dan kasar. Ini menyebabkan kulit muka mengendur ke bawah dan menyebabkan kedutan yang lebih kasar.

.
Ada beberapa langkah untuk merawat muka.
.
1. Kulit yang kering adalah kesan utama akibat radiasi UV. Untuk mengembalikan kekenyalan kulit, minumlah air sebanyaknya, sekurang-kurangnya 1.5L sehari.
.
2. Jangan lupa membersihkan kulit wajah setiap hari, terutama apabila berada di luar rumah melebihi 4 jam.
.
3. Gunakan sabun pembersih wajah yang tidak mengandungi aroma atau pewangi. Jika ada pewangi, gunakan pewangi semulajadi, dan elakkan pewangi sintetik yang dibuat dari bahan kimia.
.
4. Sebelum keluar rumah, pastikan telah menggunakan krim pelembap dan sunblock UVA & UVB. Krim pelembap dapat mengekalkan kelembapan kulit muka sementara krim sunblock dapat melindungi kulit dari radiasi UV. 

5. SEMINGGU SEKALI BERSIHKAN LIANG PORI WAJAH ANDA DENGAN MASKER YANG MAMPU MENGELUARKAN KOTORAN YANG TERPERANGKAP DI DASAR KULIT WAJAH . AGAR RUTIN HARIAN ANDA DALAM PENJAGAAN KULIT WAJAH BENAR- BENAR BERKESAN DAN DAPAT MELINDUNGI KONDISI KULIT WAJAH AGAR SENTIASA SIHAT DAN MENGEKALKAN KECANTIKAN KULIT WAJAH BEBAS JERAWAT, JERAGAT, KULIT KUSAM DAN SEBAGAINYA. GUNAKAN DEEP CLEANSING BAQHETTA MASKER YANG SANGAT BERKESAN UNTUK DETOK DAN MEMBERSIHKAN SEGALA KOTORAN TERSUMBAT HINGGA KE AKAR UMB KULIT WAJAH.

Sabtu, 8 Februari 2014


DOSA TIDAK MENJAGA KEBERSIHAN BAHAGIAN INTIM BHG 11


Baru-baru ini saya bertemu dan berbual dengan seseorang dalam surau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Beliau merupakan seorang wanita yang lembut perwatakannya. Dalam bertanya hal perjalanannya selepas kami habis bersolat, beliau merasa was-was dengan solat tadi, lalu dia bertanya kepada saya kenapa ya, dia merasakan perasaan itu berkali2 apabila selesai solat. Setelah saya bertanya berkali2 akan apa yang dilakukan dalam bab solat, beliau memang tiada masalah itu. Apabila saya bertanya bab kebersihan, memang tiada masalah juga, sebab beliau memang bersabun badan setiap kali mandi. Lalu saya bertanya bab kebersihan di bahagian intim, beliau terkedu dengan penerangan saya apabila menyentuh bab kebersihan bahagian intim terutama bagi wanita. Selama ini beliau tidak mengamalkan langsung kaedah yang saya ceritakan kepada beliau. Beliau akui bahawa bahagian tersebut tidak diambil berat sejak dari zaman anak dara lagi, Hanya sekadar bilas sahaja, tidak menggunakan teknik sunnah kerana tiada siapa yang memberitahu dan tidak pernah mengambil tahu akan perkara seperti itu akan memberi kesan terhadap solatnya. Setelah saya memberikan tips dan kaedah yang betul dalam penjagaan khusus untuk wanita, beliau terus menggunakannya dan beliau kembali solat semula. Sementara saya bersiap untuk bertudung, beliau habis bersolat kali kedua, kerana solatnya tidak sah tadi. Beliau rasa lebih segar, tenang dan khusyuk dalam bersolat kali kedua setelah mengamalkan teknik sunnah yang saya ajarkan tadi. Saya maklumkan kepada beliau inilah tips penjagaan teknik sunnah yang terbaik dan wajib diketahui oleh semua orang.

Berminat untuk mengetahui tips penjagaan teknik sunnah dalam penjagaan kebersihan bahagian intim wanita, nantikan e-book saya secara percuma akan dilancarkan tidak lama lagi..tips teknik sunnah hanya dilakukan secara praktikal buat masa kini, akan dibukukan secepat mungkin..

DOSA TIDAK MENJAGA KEBERSIHAN BAHAGIAN INTIM


Menjaga kebersihan adalah wajib bagi kita semua, dengan bermulanya kebersihan, semua perkara yang kita lakukan akan mendapat berkat dari Allah kerana kita sentiasa bersih, suci dan istiqamah dalam menunaikannya. 

Kebersihan juga memberi kita impak berpenampilan yang meyakinkan semua orang akan keperibadian kita. Jangan disebabkan kita tidak kisah akan kebersihan walaupun di bahagian badan yang sulit, sebab orang tidak nampak bahagian tu, kita ambil tak endah akan kebersihannya. Lagi pula kita sebagai manusia terutama beragama Islam ada cara macamana nak jaga kebersihan kawasan sulit tu..sebab sekarang pun, bangsa lain pula yang sudah mengamalkannya. Tak kisah lelaki atau wanita semua wajib menjaga kebersihan bahagian intim masing-masing..


Tanggungjawab kita bersama untuk menjaga kebersihan bahagian intim perlu ditekankan kerana ianya melibatkan amalan solat kita..Adakah solat kita diterima oleh Allah? Adakah kita semua sudah rasa bersih sebelum menunaikan solat? Wuduk sahaja belum tentu mengatakan kita bersih. Macamana nak tahu kita sudah bersih, suci sebelum menunaikan solat?
Adakah anda ingin tahu jawapannya...

sila share dan katakan 'saya nak'

Agar saya tahu anda inginkan jawapan dengan segera..
atau anda tahu jawapan boleh share bersama..
kita berkongsi ilmu DUNIA UNTUK AKHIRAT.. Insya Allah
FROM MYZAA ALI

Isnin, 7 Oktober 2013

BAGAIMANA ANDA MAHU MENGEKALKAN KEREMAJAAN KULIT WAJAH ANDA ?

Kepakaran saya ialah membantu wanita muslimah mentrampilkan diri dengan penuh yakin dengan menyelesaikan masalah kecantikan dan kesihatan dengan pengalaman selama 13 tahun dan produk kesihatan dalaman dan luaran yang terbukti berkesan dan berkualiti. Bagaimana mengembalikan keceriaan kehidupan seorang wanita yang elegan seiring dengan syariat melalui perkhidmatan khidmat rundingan secara percuma.

Bagaimana mengekalkan keremajaan kulit wajah anda supaya kekal cantik dan segar bak artis tanpa perbelanjaan yang tinggi dan mampu dicapai dalam masa 30 minit sahaja...

IKUTI 3 LANGKAH MUDAH PENJAGAAN KULIT

1. BERSIHKAN MUKA
2. SCRUB MUKA
3. MASKER MUKA

Lakukan secara konsisten dan dapatkan khidmat nasihat percuma dari pakar kecantikan dan kesihatan anda.