Sabtu, 8 Februari 2014


DOSA TIDAK MENJAGA KEBERSIHAN BAHAGIAN INTIM BHG 11


Baru-baru ini saya bertemu dan berbual dengan seseorang dalam surau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Beliau merupakan seorang wanita yang lembut perwatakannya. Dalam bertanya hal perjalanannya selepas kami habis bersolat, beliau merasa was-was dengan solat tadi, lalu dia bertanya kepada saya kenapa ya, dia merasakan perasaan itu berkali2 apabila selesai solat. Setelah saya bertanya berkali2 akan apa yang dilakukan dalam bab solat, beliau memang tiada masalah itu. Apabila saya bertanya bab kebersihan, memang tiada masalah juga, sebab beliau memang bersabun badan setiap kali mandi. Lalu saya bertanya bab kebersihan di bahagian intim, beliau terkedu dengan penerangan saya apabila menyentuh bab kebersihan bahagian intim terutama bagi wanita. Selama ini beliau tidak mengamalkan langsung kaedah yang saya ceritakan kepada beliau. Beliau akui bahawa bahagian tersebut tidak diambil berat sejak dari zaman anak dara lagi, Hanya sekadar bilas sahaja, tidak menggunakan teknik sunnah kerana tiada siapa yang memberitahu dan tidak pernah mengambil tahu akan perkara seperti itu akan memberi kesan terhadap solatnya. Setelah saya memberikan tips dan kaedah yang betul dalam penjagaan khusus untuk wanita, beliau terus menggunakannya dan beliau kembali solat semula. Sementara saya bersiap untuk bertudung, beliau habis bersolat kali kedua, kerana solatnya tidak sah tadi. Beliau rasa lebih segar, tenang dan khusyuk dalam bersolat kali kedua setelah mengamalkan teknik sunnah yang saya ajarkan tadi. Saya maklumkan kepada beliau inilah tips penjagaan teknik sunnah yang terbaik dan wajib diketahui oleh semua orang.

Berminat untuk mengetahui tips penjagaan teknik sunnah dalam penjagaan kebersihan bahagian intim wanita, nantikan e-book saya secara percuma akan dilancarkan tidak lama lagi..tips teknik sunnah hanya dilakukan secara praktikal buat masa kini, akan dibukukan secepat mungkin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan